Petua Menegangkan Kulit Muka

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membuka mulut anda seluas yang boleh dengan lidah dijelirkan atau dikeluarkan sejauh yang boleh. Pada masa yang sama buka mata anda sebesar boleh. Dan tahan selama satu atau dua minit. Secara rasionalnya, senaman ini menarik otot muka seterusnya menegangkan kulit wajah anda. Amalkanlah setiap pagi untuk wajah cantik yang menawan. Memang mudah tips kecantikan ini.

Tambahan lagi, saya ada membaca sebuah majalah tentang info yang sama. Tapi dari amalan perubatan cina. Caranya sama sahaja, cuma ditambah dengan mengangkat tangan dan siku pada paras dada. Namun tujuannya untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Sangat elok diamalkan pada waktu pagi. Semoga tips kecantikan ini memberi manfaat bersama.