Petua Memutihkan Kulit Muka

Kiriman Cik Rafidah (adif Fida)

Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Setiap daripada kita kejadiannya adalah sama, yang membezakan cuma rupa paras dan jantina sahaja. Bila sebut cantik, ianya memang dikaitkan dengan wanita. Tanya lah kepada semua wanita, siapa yang tak mahu cantik.

Demi untuk kelihatan cantik, sanggup pula berhabis wang ringgit. Wahai ibu, kakak, makcik dan adik-adik sekalian, diingatkan demi untuk cantik janganlah sampai mengubah kejadian Allah. Di sini saya sediakan petua-petua tradisional yang baik untuk diamalkan untuk memutihkan dan menghaluskan kulit muka

Memutihkan Kulit Muka
Parut isi dalam timun dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis dan bedak sejuk. Seterusnya dipakai dimuka tiap tiap malam. insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

Selamat tips ini membantu anda menghaluskan dan memutihkan wajah anda.

Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman iniĀ icon biggrin Petua menghaluskan dan memutihkan kulit muka