Petua Mencantikkan Betis

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Kadang2 malu tengok betis bersisik dan kurang bermaya, lebih2 lagi bagi perempuan yang memakai skirt. kurang bekalan air dalam badan antara faktor kulit kering dan betis bersisik. Kadang2 ia boleh memeritkan betis kita dan kadang2 boleng mengakibatkan kegatalan. tetapi sekarang anda semua tidak perlu risau lagi.

Di sini saya kongsikan antara petua untuk mendapatkan betis yang cantik, licin dan menawan. antaranya ialah:

1) sapu getah timun pada betis, kemudian ambil tuala yang direndam dengan air garam dan lapkan. amalkan sekerap mungkin.

2) gosok limau nipis pada betis dan biarkan kering. kemudian bilas dengan air suam.

3) sapu minyak kelapa pada betis setiap hari.

4) urut betis menggunakan hampas kelapa.

selamat mencuba (*,~)

Admin: Terima kasih Cik Norhayati atas kiriman iniĀ icon biggrin Petua mencantikkan betis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *