Petua Melembutkan Daging

Email kpd rakan Email kpd rakan Kongsi di FB

385844 313470652010280 278846398806039 1133577 1570969156 n Petua Melembutkan Daging
.

Kiriman: Cik Rafidah (Adif Fida)

Setiap kali jika perlu memasak masakan berasaskan daging, kita perlu melembutkannya terlebih dahulu. Daging tidak seperti ayam yang mana kita terus masak masakan yang hendak kita masak itu.

Sebenarnya ada banyak cara untuk melembutkan daging ini. Biasa kita dengar rebus daging bersama daun nangka. Ini yang selalu saya buat. Tapi cara ini bagi saya agak lama juga untuk daging itu lembut. Jadi saya ada petua yang mana tidak mengambil masa yang lama. Cepat daging tu lembut, cepatlah juga kita masak dan makan kan??? Hehehe……

Petua yang selalu saya guna pakai ialah setelah daging dibersihkan saya letak atas api yang dibuka kecil. Jangan sangka kalau buka api kecil, maka lambatlah daging itu nak empuk. Tidak sama sekali. Cubalah dulu baru tahu.

Setelah air rebusan mendidih barulah boleh api itu dibesarkan dan rebuslah sehingga daging itu benar-benar lembut. InsyaAllah lembut. Selamat mencuba.

Admin: Tima kasih Cik Rafidah atas kiriman ini icon biggrin Petua Melembutkan Daging

P/s: Jangan lupa membaca artikel sebelum ini iaitu Petua menghilangkan kotoran minyak. Tapi sebelum itu, kliklah button Like. Baru saya tahu anda sukakan artikel ini.

—————

Komen Facebook boleh diberikan di link dibawah:

Klik Disini Untuk Memberi Komen Facebook

Manakala komen blog dibawah sekali. Untuk tambahan petua sila gunakan komen dibawah sekali ya.

—————

pixel Petua Melembutkan Daging Email kpd rakan Email kpd rakan Share FB

P/s: Jika anda suka artikel ini, klik la LIKE. Barulah saya tahu anda sukakannya.
.. ..





13 Comments

  1. Adif Fida
    Dec 7, 2011

    same2…:)

  2. azrie amriey
    Dec 7, 2011

    kaedah yg emak sy gunakan, rebus daging dengan sudu besi… biarkan sudu besi 2 tenggelam dalam rebusan daging, daging akan lembut tnpa menunggu bejam2… kaedah ni boleh juga digunakan utk membuat sup tulang… biasanya tulang lembu korban dipotong besar2 dan agak sukar utk merebusnya… masukkan sudu besi sewaktu merebus, dan lihatlah hasilnya…

  3. Mohd Rujhan
    Dec 9, 2011

    jikalau mak saya, ambil setengah atau sebiji pinang tua,kupas dan bersihkan pinang tersebut dan masukkan sekali ke dalam periuk untuk dmasak skli dgn daging tersebut…daging akan mnjadi lmbut.

  4. gloryatie
    Dec 9, 2011

    suami saya selalu buang urat putih ntah apa orang panggil, yang ade kat daging. supaya senang nak masak. tapi umi saya suruh potong ikut urat. biasanya kalau potong ikut urat, daging mudah empuk, kemudia masak masuk sudu besi macam c azrie tulis tu.

  5. Adif Fida
    Dec 10, 2011

    ada 1 lagi care…letakkan sedikit soda bikar bonat atau serbuk penaik ke dlm rebusan daging tersebut…
    care ni pun berkesan klu nak lembutkan daging tu….

  6. Ajieda Ajis
    Dec 11, 2011

    Saya selalu masak daging jadi keras. potong ikut urat ke, masak api slow ke, letak sudu ke semua saya dah pernah cuba… tapi daging saya tetap liat………… ermmm ada tak lagi cara lain?

    • Petua Emak
      Dec 11, 2011

      ada… kena beli daging baru tu.. :D

  7. nooraini
    Dec 20, 2011

    selain rebus daging dengan betik atau nenas. betik atau nenas muda dikisar buat jus. perap dengan daging selama sejam. selepas itu bersihkan daging dan potong ikut kemahuam anda.

    • Petua Emak
      Dec 20, 2011

      tqvm cik noraini atas petua tu… baru tahu boleh guna nenas.. :D

  8. choco nila
    Dec 21, 2011

    rebus daging bersama daun nangka atau daun betik… kemudian bolehlah masak daging seperti biasa.

    • Petua Emak
      Dec 21, 2011

      daun betik memang bagus untuk melembutkan daging..

  9. Jebeng Otaiā„¢
    Mar 24, 2012

    jika dimasukkan beberapa sudu besi pon leh watkan daging cepat empuk ..

    • Petua Emak
      Mar 26, 2012

      betul tu.. tqvm

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.