Petua Badan Slim dan Ramping

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Ramai yang terlalu taksub pada tubuh badan yang kurus, slim dan lansing. Tak kurang juga yang tercari2 produk manakah yang paling mujarab untuk menguruskan badan. baik lelaki atau wanita, semuanya mengutamakan bentuk tubuh badan. tidak hairanlah dipasaran sekarang ramai pengedar berlumba-lumba mengeluarkan produk menguruskan badan. disini saya ingin kongsikan petua menguruskan badan cara ekonomi dan mengikut nenek moyang kita. antaranya :-

1) ambil air halia yang pekat dicampur dengan sebiji telur ayam kampung dan madu lebah. kacau dan minum seminggu sekali.

2) minum air rebusan daun betik.

3) minum air rebusan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, halia dan secawan air.

untuk petua tambahan bagi mengelakkan perut buncit yang boleh mencacatkan penampilan anda, bancuh secawan teh pekat dengan limau nipis. minum ketika suam.

selamat mencuba (*,^)

Admin: Terima kasih Cik atas kiriman iniĀ icon biggrin Petua badan ramping, slim dan menawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *