Petua Menghilangkan Kelemumur

Kiriman Cik Rozimariati (Azriey amrie)

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Memang merimaskan apabila rambut ada kelemumur ini. Cara untuk menghilangkan kelumumur adalah seperti dibawah:-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Insya Allah, rambut anda akan bebas kelemumur dan cantik menawan…

Admin: Tima kasih Cik Rozimariati atas kiriman in

Petua Menghalau Semut

Kiriman dari Cik Rozimariati (Azriey amrie)

Seringkali masalah timbul apabila menyimpan gula atau manisan. Ada saja semut halus yang datang dan menghurunginya. Ada beberapa cara mudah untuk menghalang semut dari datang.

1 Conteng keliling barangan tadi dengan kapur tulis. Semut halus tidak akan menganggu lagi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya

2 Sapu sedikit minyak disekeliling bekas simpan gula.

3 Letak cili kering dlm bekas yang ada semut. Semut tersebut akan segera meninggalkan bekas tersebut.

InsyaAllah cara ini akan membantu anda menhalau semut dari berkerumun di gula atau manisan.

Admin: Tima kasih cik Rozimariati atas kiriman ini

Petua Menghilangkan Jerawat Secara Tradisional

Memang merisaukan apabila jerawat kelihatan pada muka. Terutamanya pada golongan wanita yang sangat mementingkan kecantikan wajah. Ok disini ada petua tradisional menggunakan bahan semulajadi. Jika diamalkan insyaAllah cara ini sangat membantu menghilangkan jerawat pada muka.

1.Pecahkan dua biji telur dan ambil putih telur sahaja. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu dan dua ulas bawang putih yang telah ditumbuk. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas atau dibasuh muka.

Cara ini sangat mudah kerana bahan-bahannya mudah didapati di rumah anda. Manakala bahan yang digunakan sangat bagus untuk kesihatan wajah anda. Semoga petua tradisional ini membantu anda hilangkan jerawat dimuka.

Petua Hentikan Hidung Berdarah

Hidung berdarah biasanya dialami oleh kanak-kanak semasa bermain. Ada juga disebabkan oleh cuaca panas. Jika ia berlaku pada anak anda, jangan panik. Anda boleh menghentikan hdiung berdarah menggunakan daun sirih dan juga ketulan ais.

Caranya mudah sahaja seperti dibawah:

1. Baringkan Anak anda
2. Gulung Daun Sirih dan sumbatkan ke dalam hidung anak anda.
3. Bungkus ketulan ais dengan tuala dan letakkan di atas hidung anak anda.

Insyaallah cara ini mampu menghentikan hidung berdarah pada anak anda dengan lebih cepat. Mungkin anda ada tips yang lebih baik, sudilah berkongsi dibawah ya.

Cara Hilangkan Panau Yang Mujarab

Panau merupakan penyakit kulit yang menimbulkan rasa malu pada penghidapnya. Terutamanya sekiranya panau kelihatan pada muka atau lengan tangan. Ada juga panau yang menyebabkan kegatalan seperti kurap. Untuk menghilangkannya boleh cuba petua dibawah:

1. Dapatkan dalam 5 helai daun gelenggang. Gulung kelima-lima daun gelenggang itu bersama-sama seperti mengulung rokok daun. Seterusnya ikat dengan getah. Seterusnya gosok pada kawasan yang ada panau.

2. Cara lain yang berkesan ialah menggunakan bawang putih. Potong dua bawang putih dan gosok pada kawasan panau.

Cara di atas perlu dilakukan setiap hari berulang kali selama seminggu untuk melihat hasilnya. Mungkin anda mempunyai petua yang lebih berkesan dan mujarab.

Petua Anak Rajin Tolong Mak Ayah

Petua ini dari pertanyaan seorang ibu. Katanya anaknya samada perempuan dan lelaki susah sangat membantunya mengemas atau sebagainya. Saya yakin ramai ibu dan bapa menghadapi masalah yang sama. Di atas permintaan ini saya berkongsi tips. Agar ia membantu.

1. Galakkan anak anda membantu semenjak kecil lagi. Jangan mudah marah dan memalukan mereka sekiranya mereka buat silap semasa membantu anda. Kerana ia akan menjadi mereka phobia atau serik membantu anda lagi. Cuba beri mereka semangat dan peluang memperbaiki kesilapan semasa membantu anda. Ia akan menjadikan mereka seronok membantu anda lagi.

Inilah tips dari saya yang belum berkahwin icon biggrin Petua mengalakkan anak anak membantu ibu bapa . Tentu ibu bapa diluar sana mempunyai pendapatan atau cara yang lebih berkesan dan praktikal. Sudilah berkongsi untuk membantu ibu-bapa yang lain.