Petua Menegangkan Kulit Muka

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu membuka mulut anda seluas yang boleh dengan lidah dijelirkan atau dikeluarkan sejauh yang boleh. Pada masa yang sama buka mata anda sebesar boleh. Dan tahan selama satu atau dua minit. Secara rasionalnya, senaman ini menarik otot muka seterusnya menegangkan kulit wajah anda. Amalkanlah setiap pagi untuk wajah cantik yang menawan. Memang mudah tips kecantikan ini.

Tambahan lagi, saya ada membaca sebuah majalah tentang info yang sama. Tapi dari amalan perubatan cina. Caranya sama sahaja, cuma ditambah dengan mengangkat tangan dan siku pada paras dada. Namun tujuannya untuk meningkatkan kesihatan tubuh. Sangat elok diamalkan pada waktu pagi. Semoga tips kecantikan ini memberi manfaat bersama.

Petua Suara Merdu

Kiriman Cik Noor ‘Izzah (Izzah)

Sebenarnya,anda boleh melatih suara/mengamalkan petua tertentu untuk memerdukan suara. Tetapi yang palingg penting jangan lupa untuk berd0a. Doalah petua yang paling mujarab sebnarnye.:) Dan disini sye ingin k0ngsikan sedikit petua untuk suara lebih merdu.

Ini adelah beberape tips
1. Banyak meminum air masak/air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan.Antaranya epal, tembikai dll.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Begitu juga dengan coklat.Kalau boleh,kurangkan pengambilan coklat.Mahupun air coklat.
5. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
6. Selalulah minum air asam jawa buatan sendiri.
7. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.

0keyh,berikut adelah petuanyer

Sediakan 2biji limau nipis.Kemudian belahkan kpada empat bhgian.
Perah limau nipis tadi,ke dalam cawan.
Tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
Seterusnye,tambahkan pula satu sudu madu asli.
Akhir skali,kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda bleh mengamalkan campuran bahan2 ini seminggu skali.

Insyaallah jika diizinkanNya,suara anda akan lebih merdu dan sedap.
Selamat Mencuba! icon biggrin Petua agar suara merdu

Admin: Terima kasih Cik Izzah atas kiriman ini icon biggrin Petua agar suara merdu

Petua Memutihkan Kulit Muka

Kiriman Cik Rafidah (adif Fida)

Kecantikan adalah hak milik setiap insan. Setiap daripada kita kejadiannya adalah sama, yang membezakan cuma rupa paras dan jantina sahaja. Bila sebut cantik, ianya memang dikaitkan dengan wanita. Tanya lah kepada semua wanita, siapa yang tak mahu cantik.

Demi untuk kelihatan cantik, sanggup pula berhabis wang ringgit. Wahai ibu, kakak, makcik dan adik-adik sekalian, diingatkan demi untuk cantik janganlah sampai mengubah kejadian Allah. Di sini saya sediakan petua-petua tradisional yang baik untuk diamalkan untuk memutihkan dan menghaluskan kulit muka

Memutihkan Kulit Muka
Parut isi dalam timun dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis dan bedak sejuk. Seterusnya dipakai dimuka tiap tiap malam. insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

Selamat tips ini membantu anda menghaluskan dan memutihkan wajah anda.

Admin: Terima kasih Cik Rafidah atas kiriman ini icon biggrin Petua menghaluskan dan memutihkan kulit muka

Petua Badan Slim dan Ramping

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Ramai yang terlalu taksub pada tubuh badan yang kurus, slim dan lansing. Tak kurang juga yang tercari2 produk manakah yang paling mujarab untuk menguruskan badan. baik lelaki atau wanita, semuanya mengutamakan bentuk tubuh badan. tidak hairanlah dipasaran sekarang ramai pengedar berlumba-lumba mengeluarkan produk menguruskan badan. disini saya ingin kongsikan petua menguruskan badan cara ekonomi dan mengikut nenek moyang kita. antaranya :-

1) ambil air halia yang pekat dicampur dengan sebiji telur ayam kampung dan madu lebah. kacau dan minum seminggu sekali.

2) minum air rebusan daun betik.

3) minum air rebusan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam, halia dan secawan air.

untuk petua tambahan bagi mengelakkan perut buncit yang boleh mencacatkan penampilan anda, bancuh secawan teh pekat dengan limau nipis. minum ketika suam.

selamat mencuba (*,^)

Admin: Terima kasih Cik atas kiriman ini icon biggrin Petua badan ramping, slim dan menawan

Petua Menghilangkan Kutu Rambut

Kiriman Cik Nor ‘Izzah (‘Izzah)

Tahukah anda??? Kutu adalah sejenis binatang parasit penghisap darah yang biasanya hidup di atas kepala. Dalam sehari,seekor kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur!!! Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Jadi disini,saye ingin kongsikan tips untuk menghilangkan kutu…:)

Tips Untuk Menghilangkan Kutu

Campur beberapa senduk minyak kayu putih dengan air limau nipis. Gunakan campuran tersebut untuk membasahi rambut dan urut kepala selepas itu,ramas-ramas rambut anda selama beberapa minit. Tutup kepala,dengan penutup kepala dan biarkan ia bertindak selama 1 jam.

Kemudian,bilas rambut sehingga bersih.Sikat rambut dengan sikat kutu untuk membersihkan telur-telur yang masih melekat.
Ulangi beberapa kali dalam seminggu sehingga anda benar-benar bebas kutu.

Insyaallah dgn kehendaknya,anda akan bebas dari kutu. Selamat Mencuba!

Admin: Terima kasih Cik atas kiriman ini icon biggrin Petua menghilangkan kutu rambut

Petua Memerahkan Bibir

Kiriman Cik Noor ‘Izzah (‘Izzah)

Bibir yang merah membuat seseorang itu kelihatan cantik dan manis bila tersenyum. Tetapi tidak semua orang mempunyai bibir yang indah kemerahan. Diantara faktor bibir menjadi gelap ialah penggunaan lipstik dengan bahan yg tidak disyorkan, meminum teh atau kopi dan merokok. Jadi,bagaimanakah memerahkan bibir yang kehitaman sehingga kelihatan lebih indah dipandang mata?

Ini adalah cara mudah atau tips untuk bibir anda cantik dan merah:

1. Sebelum tidur, sapu beberapa titis jus lemon dan madu pada bibir.Jus lemon merupakan pemutih alami yang mengandungi gilserin yang baik untuk meningkatkan kesihatan kulit.Sedangkn madu,bermanfaat untuk melembabkan kulit.Amalkan selalu. Insyaallah bibir kelihatan merah seperti memakai gincu.

2. Belah tomato menjadi 2 bahagian.Sapukan hirisan tomato ke bibir anda selama 10-15 minit. Lakukan rutin 2-3 kali sehari selama seminggu.Insyaallah,bibir anda menjadi halus dan bebas dari pecah-pecah.

Selalulah mengambil buah-buahan segar,terutamanye jeruk.Bibir akan kelihatan segar tanpa perlu memakai pelembab.

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda semua….Assalammualaikum~~

Admin: Tima kasih Cik ‘Izzah atas kiriman ini icon biggrin Petua memerahkan dan mencantikkan bibir

Petua Mencantikkan Betis

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Kadang2 malu tengok betis bersisik dan kurang bermaya, lebih2 lagi bagi perempuan yang memakai skirt. kurang bekalan air dalam badan antara faktor kulit kering dan betis bersisik. Kadang2 ia boleh memeritkan betis kita dan kadang2 boleng mengakibatkan kegatalan. tetapi sekarang anda semua tidak perlu risau lagi.

Di sini saya kongsikan antara petua untuk mendapatkan betis yang cantik, licin dan menawan. antaranya ialah:

1) sapu getah timun pada betis, kemudian ambil tuala yang direndam dengan air garam dan lapkan. amalkan sekerap mungkin.

2) gosok limau nipis pada betis dan biarkan kering. kemudian bilas dengan air suam.

3) sapu minyak kelapa pada betis setiap hari.

4) urut betis menggunakan hampas kelapa.

selamat mencuba (*,~)

Admin: Terima kasih Cik Norhayati atas kiriman ini icon biggrin Petua mencantikkan betis

Petua Menghilangkan Kedut Bawah Mata

Kiriman Aina Fakhira (Aina Eira)

Kedutan dibawah mata menjadikan kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Tentu ini sangat merisaukan terutama bagi golongan wanita. Lebih-lebih lagi yang belum berkahwin. Disini saya ingin berkongsi satu petua yang boleh membantu menghilangkan kedut dibawah mata:

cara-cara:
1. hiris sedikit daun lidah buaya (aloevera) secara melebar, disejukkan dalam peti sejuk selama 15 minit. Selepas tu, letakkan atas mata, tekap kat dua-dua belah mata.

Cubalah buat tiga kali seminggu..insyaAllah eye bag tu akan melicin dan tak berkedut. Saya amalkan, rasa best dan mata rasa fresh.

Admin: Terima kasih Cik Aina atas kiriman ini icon biggrin Petua menghilangkan kedut di bawah mata

Petua Mencantikkan Bulu Mata

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Apabila melihat bulu mata yang cantik, lentik dan lebat, terutamanya kaum wanita, timbul rasa cemburu dihati. Mata adalah aset bagi setiap individu, tetapi bulu mata memainkan peranan penting dalam menonjolkan imej mata. bab kata pepatah, “dari mata, turun ke hati”. tapi tak perlu gusar, kita boleh mengamalkan cara tradisional untuk mendapatkan bulu mata cantik. selain senang dan mudah diperolehi. antara petuanya ialah :

1) rendam serbuk teh semalaman. biarkan pekat. kemudian lurutkan bulu mata secara ke atas berulang kali menggunakan jari telunjuk.

2) sapukan tangkai daun sireh dengan lendir daun lidah buaya. kemudian sapukan pada bulu mata.

3) urut bulu mata dengan minyak zaitun berulang kali

4) bakar buah keras hingga hitam. tumbuk hancur. kemudian campur satu sudu minyak zaitun. lurutkan pada bulu mata sebelum tidur

selamat mencuba. sesungguhnya setiap sesuatu itu berlaku dengan izin Allah. kita hanya mencuba tapi Allah yang menentukannya. icon smile Petua mencantikkan bulu mata

Admin: Terima kasih Cik atas kiriman ini icon biggrin Petua mencantikkan bulu mata

Petua Menegangkan Payudara atau Buah Dada

Kiriman Cik Norhayati (gloryatie)

Zaman semakin moden, manusia semakin sibuk. kadang2 terlepas pandang tentang kesihatan, kecantikan dan penampilan diri. Lebih2 lagi wanita yang berumah tangga. Jangan pandang remeh, payudara aset penting setiap wanita. so kenalah jaga untuk suami supaya buah dada atau payudara sentiasa cantik dan tegang.

Jangan asyik menggunakan produk yang dijual dipasaran sahaja kerana boleh meninggalkan kesan sampingan. Kaedah tradisional terkenal kemujaraban turun temurun nenek moyang kita dan tiada kesan sampingan. So disini antara petua yang mudah dan murah dalam menegangkan payudara atau buah dada :-

1) Tumbuk bawang merah dan sapu pada payudara, selama 20 minit untuk menegangkan payudara

2) Ini sesuai untuk ibu2 yang lepas melahirkan anak, layurkan daun sirih ke atas lilin dan tekapkan pada payudara.

3) Ambil putih telur dan sapukan pada payudara. biarkan 20 minit dan bilas.

4) Tumbuk kacang hijau yang direndam semalaman. kemudian sapu pada payudara. biarkan hingga kacang kering. bilas dengan air suam.

5) Panaskan minyak sapi, biarkan seketika hingga suam. kemudian sapu ke seluruh payudara sebelum tidur. bilas keesokkannya.

Diingatkan untuk semua sapuan di payudara, elakkan terkena puting. Selamat mencuba icon smile Petua menegangkan payudara atau buah dada

Admin: Tima kasih Cik Norhayati atas kiriman ini icon biggrin Petua menegangkan payudara atau buah dada